Monday, March 31, 2008

PAS MEMANG SENTIASA MENERAJUI KEMATANGAN POLITIK

Langkah presiden pas Dato seri tuan guru hj abdul hadi mencadangkan gagasan pakatan politik baru adalah langkah yang di alu-alukan sebagai langkah kematangan politik pas sejak kesekian lamanya....melalui gagasan tersebut dapatlah semua parti politik menyusun agenda dan halatuju baru demi nasib dan masa depan semua rakyat,tanpa mengira bangsa..diharapkan cadangan itu dapat dipertimbangkan dan menjadi kenyataan..

Dr Mahathir berbisa pada ahli umno yang dah berumur

Pendapat Zam yang mengatakan dr mahathir lebih berbisa dari blog adalah satu pendapat yang tidak mewakili semua rakyat malaysia,cuma itu lebih kepada pendapat individu beliau sendiri,sebab mengikut kaji selidik saya dr mahathir memang berbisa tapi pada orang-orang umno yang lebih berumur atau kata lain veteran manakala yang remaja dan dewasa lebih cenderung kepada dato seri anwar ibrahim dan yang lebih kepada agama sedikit lebih berminat kepada pemimpin pas,percayala ini realiti jujur dari rakyat marhain...mengikut culaan undi yang saya dan kawan lakukan....mereka percaya umno semenjak dari tunku abdul rahman sehingga dr mahathir adalah umno yang menitik beratkan perjuangan,manakala di era pm sekarang lebih kepada kelunturan,sebab itu di era sekarang pandai eksploitasi je,melayu bila-bila masa akan meninggalkan umno....

WUJUDKAN KABINET BAYANGAN DI SELURUH MALAYSIA

Disini harap-harap barisan rakyat dapat mewujudkan kabinet serta exco bayangan diseluruh malaysia seperti yang dilakukan oleh bn disetiap negeri yang dimenangi oleh barisan rakyat,supaya apa-apa salah laku wakil rakyat bn dapat kita kenal pasti dan tangani secara detail lagi...harap kerajaan barisan rakyat di kelima-lima negeri lakukannya secepat mungkin

Sufiah yang hilang 'Sufi'

Jika benar langkah pelajar genius matematik yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapanya dari pakistan iaitu sufiah yusof, 23, mengambil sikap yang demikian adalah amat memalukan, menurut laporan akhbars news of the world online pada edisi 31/mac/2008 melaporkan sufiah mengiklankan perkhidmatannya melalui internet dengan tawaran pound 130(Rm830) untuk setiap seisi
Dengan memakai nama Shilpa Lee,sufiah menggambarkan dirinya pelajar bijak dan seksi yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 11.00(am) hingga 8.00(pm)
Kerajan Malaysia sepatutnya mengambil langkah bagi menangani masalah ini,kerana secara tak langsung ia akan memalitkan masalah itu kepada Malaysia,yang mana sebelum ini kita begitu mengagung-agungkan beliau...

KEBEBASAN YANG TAK BEBAS

Keputusan kerajaan belanda membenarkan filem'fitna' yang mempersenda agama islam di tayangkan adalah satu keputusan yang bebas dalam tak bebas, kerana sebaliknya filem yang menghina agama yahudi dilarang sama sekali di tayangkan adalah menunjukkan sikap double standard yang diamalkan oleh kerajaan itu
Langkah itu adalah amat membanggakan bagi kebanyakkan warga barat yang selalu memandang serong kepada agama islam,malah kebanyakannya berpendapat ia satu demokrasi yang segar,malah mereka tidak menyedari bahawa ia akan mengundang kepada wujudnya ketegangan kaum dan agama
kerajaannya kini dah mula menjauhkan diri dari filem itu yang di terbitkan oleh geert wilders iaitu salah satu angota parlimen yang mengaku terang-terang membenci agama islam
dalam pada itu wilder juga menyatakan al quran sebagai fasis manakala filemnya fitna bakal mendedahkan bahawa kitab suci bagi orang islam itu adalah punca pendorong kepada pengikutnya melakukan keganasan.
Akibat dari tindakbalas dari pengikut islam dari seluruh dunia, sebanyak 2 kali kabinet belanda mendesak wilders,supaya filem 'fitna' yang memakan masa 15 minit itu di musnahkan,kerana bimbang kesan buruk yang akan berlaku
Terbaru juga seorang lagi ahli politik belanda bersedia menyiarkan filem kartun yang juga menghina nabi muhamad, ini menambahkan lagi tindakbalas yang amat dahsyat bakal tercetus,kerana takut akan tindakbalas itu belanda turut meningkatkan lagi keselamatan tenteranya di negara arab,kawalan keselamatan kepada ahli parlimennya,malah wilders di beri keselamatan setiap masa..seorang lagi penulis murtad kelahiran somalia turut di kawal rapi
dalam kata lain ,kebebasan suara begitu penting sekali bagi kerajaan belanda jika di bandingkan dengan keselamatan dan ekonomi mereka terancam
secara rumusnya ada suatu double standard yang dilakukan oleh orang barat terhadap agama suci islam
Apa pendapat anda!!