Kes DSAI-LAKSANA HUKUM AL-QURAN BUKAN BERSUMPAH
Dalam tuduhan liwat yang hangat diperkatakan sekarang ini,adalah jalan yang terbaiknya perlu melaksanakan hukum dalam al-quran berbanding meminta orang yang terbabit membuat sumpah dengan kitab suci al-quran
Peguam Pas Saudara hanipa maidin membidas Pengerusi Putera umno Abd Azeez Abd Rahim yang meminta Dato Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan al-quran,Tetapi sebaliknya menurut peguam PAS itu mereka liat untuk melaksanakan hukum al-quran,dari segi islam DSAI adalah tidak bersalah,dan beliau jugak tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa,jauh sekali untuk membuktikan beliau tidak bersalah
Prinsip diambil daripada syariat islam itu berasaskan kaedah "al-aslu al- adam" atau pun kaedah "al-aslu baraatun zimmah" yang bermaksud seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah
Apa yang berlaku katanya dalam kes DSAI ini beliau belum lagi dituduh di mahkamah,jika benar tuduhan liwat keatas DSAI ini sekalipun mana-mana pihak yang bersungguh minta Anwar bersumpah dengan al-quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-quran
Kesimpulannya bersumpah dengan al- quran seperti yang disarankan oleh mufti Perlis itu tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home