Sunday, July 6, 2008

DSAI SETUJU BERSUMPAH

Jika orang ramai mahukan bersumpah,beliau rela bersumpah dengan nama Allah kata DSAI melalui petikan oleh MALAYSIAKINI sewaktu berceramah dihadapan hampir 40 ribu hadirin yang hadir di Stadium MPPJ Kelana Jaya semalam,tetapi dengan syarat mereka yang berkuasa membicarakannnya di mahkamah syariah terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadapnya
Menurutnya lagi jika mereka ingin gunakan kaedah yang digunakan sama seperti filem "sivaji the bos" beliau sanggup gunakan kaedah sivaji the bos itu bagi mengatasinya,malah dengan nada yang geram beliau membangkitkan beberapa kali kalimah 'malaysia mesti di selamatkan' dan disambut oleh hadirin yang hadir dengan kalimah keramat 'reformasi'
Mengenai debat beliau dengan menteri penerangan pada 15 july ini berhubung kenaikkan harga minyak beliau menyatakan beliau akan cuba penuhinya dan akan menyelongkar semua formula bagi menunjukkan beliau ada idea tersendiri bagi menurunkan harga minyak berbanding kini yang diamalkan oleh kerajaan BN yang membolehkan harga minyak naik begitu mendadak,bagaimanapun beliau dengan nada sinis menempelak alangkah lojiknya debat itu diadakan dengan perdana menteri atau timbalannya