MINDA MSO- ADA USAHA PUJUK PRESIDEN PAS?
Apa masalah yang sedang menghimpit tok guru Nik Aziz kini,apakah beliau sakit dan sudah tidak relevan untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai mursyidul am PAS.Persoalan ini timbul apabila ada usaha dikalangan pemimpin tertinggi pas akan memujuk Abdul Hadi supaya memegang jawatan berkenaan
Apakah Nik Aziz sudah tidak inginkan jawatan itu,apa pun beliau sudah tidak dapat dijinakkan semasa mesyuarat jawatankuasa agung pas bersama majlis syura ulama kelmarin
Tidak ada pula perkara buruk dilaporkan berlaku dalam mesyuarat berkenaan
Nik Aziz dikatakan mengambil sikap yang menggembirakan dan sehaluan dengan sesetangah pihak apabila beliau jugak tidak bersetuju pas berunding dengan umno untuk tubuhkan kerajaan bersama
Khabarnya Nik Aziz bukan saja tidak mahu berunding bagi membentuk kerajaan kalau tidak jumpa terus lagi bagus
Keadaan ini menimbulkan sedikit tanda tanya sekiranya dalam mesyuarat kelmarin beliau bersikap sebaliknya memesongkan kata-katanya sebelum ini yang tidak bersetuju kemudian setuju berunding dengan umno ada logiknya juga kalau beliau perlu disingkirkan dari jawatan berkenaan
Kerana adanya disitu sebagai orang tua menyusahkan
Bagaimanapun dalam mesyuarat semalam Nik Aziz dikatakan keluar dari mesyuarat selepas beliau memberi kata nasihat dan pandangan berhubung isu semasa yang menjadi tumpuan kini
Apakah tindakan itu timbul setelah ketegangan dalam mesyuarat berkenaan dan sehinggakan beliau dicadangkan agar melepaskan jawatan
Untuk tujuan memujuk Abd Hadi itu dikatakan dua pemimpin tertinggi pas yang menentang keras ura-ura pas hendak bermuqabalah dengan umno akan terbang ke Jakarta esok untuk menemui Abd Hadi
Abd Hadi kini di Jakarta
Perkembangan ini masih menjadi tanda tanya,bagaimanapun pada hemat saya tidak munasabah kalau Nik Aziz hendak disingkirkan dari kedudukan itu,beliau sendiri masih menampakkan komitmennya dengan jawatan itu
Cadangan itu bukan Nik Aziz sudah letih atau jemu tetapi ia lebih kepada strategi,apa yang dapat dibaca dari cadangan ini ada golongan yang mahukan Abd Hadi turun dari kerusinya itu
mungkin mereka mengira dengan adanya Abd Hadi disitu yang dilihat keras dan tegas dengan prinsip siasah islamiyah sukar untuk mereka menjanakan parti mengikut acuan sekular mereka
Jadi satu cara terhormat dilakukan agar Abd Hadi pegang jawatan mursyidul am dan mengumumkan persaraan sebagai presiden pada muktamar di Ipoh mulai 13 ogos hadapan
Pujukan itu adalah paksaan secara halus mungkin idea ini telahpun disampaikan kepada Nik Aziz dan Nik Aziz telah pun merestuinya
Kenapa dikatakan begitu kerana Nik Aziz sudah tidak berkeupayaan kenapa jawatan itu tidak dilepaskan kepada Dr Haron Din,timbalan mursyidul Am Pas?
Apakah Haron Din masih belum cukup ilmu untuk memegang jawatan berkenaan!
