Sunday, May 11, 2008

GAJI SHAHRIZAT RM33.000 SEBULAN?

Yb zulkifli nordin(PKR-KUlim Bandar Baru) berkata beliau terkejut apabila memperoleh jawapan bertulis daripada perdana menteri bahawa gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan malaysia kepada ketiga-tiga penasihatnya:
1)Datuk seri shahrizat jalil sebagai penasihat hal ehwal wanita kepada perdana menteri RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun
2)Tan sri abdul hamid othman penasihat agama kepada perdana menteri RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada stafnya RM18,643.25 sebulan
3)Manakala Tun Dr mahathir penasihat petronas RM15,00 sebulan

kesemua elaun mereka kerajaan terpaksa membelanjakan RM1.14 juta.
Menurut yb zulkifli lagi jumlah wang yang dibayar ketiga-tiga penasihat itu tadi boleh digunakan untuk membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin dan Rm1.14 juta itu juga boleh membayar gaji angota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun