Saturday, July 5, 2008

RAJA PETRA SEDANG MEMBERI KETERANGAN

Blogger Raja Petra Kamaruddin ketika ini sedang memberi kenyataan di balai polis Sentul berhubung dengan akuan berkanun yang dibuatnya tempohari yang mana beliau mendakwa isteri timbalan perdana menteri berada di tempat kejadian ketika Altantuya Shariibu diletupkan.
Beliau tiba kira-kira jam 5.10 pm ditemani isterinya Marina Lee Abdullah dan 2 orang peguamnya
-petikan malaysiakini-

BEKAS TIMBALAN MENTERI UMNO SERTAI PAS

Keyakinan masyarakat terhadap Parti PAS sebagai parti alternatif menggantikan UMNO semakin teguh apabila tokoh umno akan menyertai pas tidak lama lagi,tokoh berkenaan bekas ahli jemaah menteri diera Dr Mahathir dikatakan akan membuat pengumuman rasmi selewat-lewatnya minggu depan dihadapan Presiden Pas Tuan guru Hj Abdul Hadi
-petikan MSO-

Kes DSAI-LAKSANA HUKUM AL-QURAN BUKAN BERSUMPAH

Dalam tuduhan liwat yang hangat diperkatakan sekarang ini,adalah jalan yang terbaiknya perlu melaksanakan hukum dalam al-quran berbanding meminta orang yang terbabit membuat sumpah dengan kitab suci al-quran
Peguam Pas Saudara hanipa maidin membidas Pengerusi Putera umno Abd Azeez Abd Rahim yang meminta Dato Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan al-quran,Tetapi sebaliknya menurut peguam PAS itu mereka liat untuk melaksanakan hukum al-quran,dari segi islam DSAI adalah tidak bersalah,dan beliau jugak tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa,jauh sekali untuk membuktikan beliau tidak bersalah
Prinsip diambil daripada syariat islam itu berasaskan kaedah "al-aslu al- adam" atau pun kaedah "al-aslu baraatun zimmah" yang bermaksud seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah
Apa yang berlaku katanya dalam kes DSAI ini beliau belum lagi dituduh di mahkamah,jika benar tuduhan liwat keatas DSAI ini sekalipun mana-mana pihak yang bersungguh minta Anwar bersumpah dengan al-quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-quran
Kesimpulannya bersumpah dengan al- quran seperti yang disarankan oleh mufti Perlis itu tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah

LOKASI HIMPUNAN PROTES DITUKAR KE STADIUM MPPJ KELANA JAYA

Pakatan rakyat memaklumkan bahawa lokasi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di padang timur,Petaling Jaya di ubah ke Stadium MPPJ Kelana Jaya berhampiran kolam renang MPPJ dan Pusat Latihan MAS,ia dibuat atas nasihat pimpinan pakatan rakyat yang diputuskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
Pelbagai program akan diadakan termasuk solat hajat perdana selepas isyak yang bakal di imamkan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat
Difahamkan selain Dato Seri Anwar, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,MB Selangor Dan Presiden keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah Mengesahkan akan turut serta