KEBEBASAN YANG TAK BEBAS
Keputusan kerajaan belanda membenarkan filem'fitna' yang mempersenda agama islam di tayangkan adalah satu keputusan yang bebas dalam tak bebas, kerana sebaliknya filem yang menghina agama yahudi dilarang sama sekali di tayangkan adalah menunjukkan sikap double standard yang diamalkan oleh kerajaan itu
Langkah itu adalah amat membanggakan bagi kebanyakkan warga barat yang selalu memandang serong kepada agama islam,malah kebanyakannya berpendapat ia satu demokrasi yang segar,malah mereka tidak menyedari bahawa ia akan mengundang kepada wujudnya ketegangan kaum dan agama
kerajaannya kini dah mula menjauhkan diri dari filem itu yang di terbitkan oleh geert wilders iaitu salah satu angota parlimen yang mengaku terang-terang membenci agama islam
dalam pada itu wilder juga menyatakan al quran sebagai fasis manakala filemnya fitna bakal mendedahkan bahawa kitab suci bagi orang islam itu adalah punca pendorong kepada pengikutnya melakukan keganasan.
Akibat dari tindakbalas dari pengikut islam dari seluruh dunia, sebanyak 2 kali kabinet belanda mendesak wilders,supaya filem 'fitna' yang memakan masa 15 minit itu di musnahkan,kerana bimbang kesan buruk yang akan berlaku
Terbaru juga seorang lagi ahli politik belanda bersedia menyiarkan filem kartun yang juga menghina nabi muhamad, ini menambahkan lagi tindakbalas yang amat dahsyat bakal tercetus,kerana takut akan tindakbalas itu belanda turut meningkatkan lagi keselamatan tenteranya di negara arab,kawalan keselamatan kepada ahli parlimennya,malah wilders di beri keselamatan setiap masa..seorang lagi penulis murtad kelahiran somalia turut di kawal rapi
dalam kata lain ,kebebasan suara begitu penting sekali bagi kerajaan belanda jika di bandingkan dengan keselamatan dan ekonomi mereka terancam
secara rumusnya ada suatu double standard yang dilakukan oleh orang barat terhadap agama suci islam
Apa pendapat anda!!

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home