PETUNJUK SELEPAS PRU-12
Setelah berakhirnya pru12 baru-baru ini dapat dinyatakan bahawa,majoriti rakyat telah menolak secara umumnya perjuangan umno ,disini dapat kita simpulkan bahawa kesilapan atau kelemahan pentadbiran pm abdullah dapat dieksploitasikan sepenuhnya oleh barisan rakyat,inilah yang begitu dirisaukan oleh segelintir pemimpin-pemimpin umno,dengan yang terbaru pengumuman KU LI untuk turut berminat mencabar pucuk pimpinan umno,
berikut dengan keputusan pru12 itu,maka kedengaran sana sini rungutan supaya di ambil inisiatif segera bagi memulihkan umno.
Begitu juga dengan tun dr mahathir yang mana bersuara supaya pucuk pimpinan umno dapat di pertandingkan dan penghebahan surat dari dato mukriz supaya pm abdullah meletak jawatan,ini adalah salah satu kegusaran pemimpin umno yang mana dapat menghidu kelemahan ketara pm abdullah dalam menerajui negara
Ekoran barisan rakyat memperolehi keputusan yang memberangsangkan,bilamana dengan faktor utamanya adalah dengan kehadiran dato' seri anwar ibrahim dikuti dengan harga barang yang melambung tinggi ,( termasukla harga minyak dan tol) dengan kadar inflasi yang memuncak,serta keperibadian sederhana pemimpin-pemimpin pas,dapat menarik minat rakyat dengan memberi undi yang begitu tinggi kepada barisan rakyat, itulah faktor kemenangan besar yang di perolehi pembakang semenjak merdeka.
Kaji selidik di sekitar pekan-pekan tempat saya tinggal majoriti orang cina tidak berapa suka dengan program angkasawan,mereka terlalu mempertikaikannya di mana kewajaran untuk kerajaan menghantar angkasawan yang menumpang orang,itulah yang menolong memberi undi kepada barisan rakyat ,mereka mempertikaikan kenapa pergi ke bulan sedangkan hanya ingin makan roti canai....itulah persoalan yang sampai sekarang diajukan kepada saya saya pun tergelak...bagi mereka mengapa tidak aja makan roti canai diwarung-warung berdekatan....
sementara kaum india dengan isu hindraf dan perobohan kuil-kuil india,manakala segelitir kaum melayu dengan kebobrokkan wakil-wakil rakyat bn masing-masing berebut-rebut untuk kepentingan peribadi maka tidak hairan sesiapa saja yang dicalonkan dalam pru12 baru-baru ini asalkan pembakang akan mendapat undi yang besar..
Berbalik kepada kemenangan besar tempohari saya syorkan segera...barisan rakyat mengambil inisiatif untuk menambahkan ahli,lancarkan program yang boleh menggambarkan di setiap kawasan merasai nikmat perbedaan di sewaktu barisan rakyat memerintah dan parti umno memerintah,biar semua rakyat menerima tempiasnya
Janganla jadi wakil rakyat bn lebih kepada agenda peribadi dari memimpin rakyat
yang mana mengikut cakap-cakap mereka wakil rakyat umno lebih kepada banyak mengumpul kekayaan sendiri dari membela rakyat,ini kenyataan ikhlas dari sudut hati mereka bahawa kebanyakkan wakil rakyat umno lebih kepada kepentingan peribadi
baru sekarang sekoyong-koyong wakil-wakil bn itu tadi kononnya nak membela rakyat..tapi semuanya dah terlambat
fahamilah dan dengarla suara hati rakyat marhain sebelum membuat sesuatu,
para pemimpin atasan br tu rajin-rajin mendengar suara hati mereka tadi
