Wednesday, July 2, 2008

MP SERTAI PAKATAN?

Desas desus kononnya menteri belia dan sukan Dato Ismail Sabri Yaacob dan timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi Dato Saifudin Abdullah,tersebar luas di internet sekarang ini,sejak ketua umum PKR,Datuk seri Anwar Ibrahim mendakwa 2 daripada ahli parlimen yang akan melompat parti itu adalah dari parti umno
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat pengumuman yang akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti, tapi malaysiakini.com yang menghubungi sendiri kedua-dua menteri dan timbalan menteri terbabit, namun kedua-duanya menafikan desas desus tersebut.

DSAI ADA BUKTI DIMANA BELIAU BERADA 26 JUN

Dalam ceramah beliau(DSAI) di stadium melawati Shah Alam selepas dikaitkan dengan pertuduhan liwat oleh bekas pembantu sukarela beliau,DSAI menggariskan yang beliau akan menunjukkan bukti dimana beliau berada pada tarikh yang dimaksudkan itu,sebelum ini pada 26 jun lalu tarikh dimana saiful mendakwa diliwat oleh majikannya (DSAI),bagaimanapun DSAI menafikan sekeras-kerasnya laporan terbaru yang dibuat oleh bekas pembantu sukarela beliau itu