Friday, August 1, 2008

MINDA MSO- ADA USAHA PUJUK PRESIDEN PAS?

Apa masalah yang sedang menghimpit tok guru Nik Aziz kini,apakah beliau sakit dan sudah tidak relevan untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai mursyidul am PAS.Persoalan ini timbul apabila ada usaha dikalangan pemimpin tertinggi pas akan memujuk Abdul Hadi supaya memegang jawatan berkenaan
Apakah Nik Aziz sudah tidak inginkan jawatan itu,apa pun beliau sudah tidak dapat dijinakkan semasa mesyuarat jawatankuasa agung pas bersama majlis syura ulama kelmarin
Tidak ada pula perkara buruk dilaporkan berlaku dalam mesyuarat berkenaan
Nik Aziz dikatakan mengambil sikap yang menggembirakan dan sehaluan dengan sesetangah pihak apabila beliau jugak tidak bersetuju pas berunding dengan umno untuk tubuhkan kerajaan bersama
Khabarnya Nik Aziz bukan saja tidak mahu berunding bagi membentuk kerajaan kalau tidak jumpa terus lagi bagus
Keadaan ini menimbulkan sedikit tanda tanya sekiranya dalam mesyuarat kelmarin beliau bersikap sebaliknya memesongkan kata-katanya sebelum ini yang tidak bersetuju kemudian setuju berunding dengan umno ada logiknya juga kalau beliau perlu disingkirkan dari jawatan berkenaan

Kerana adanya disitu sebagai orang tua menyusahkan

Bagaimanapun dalam mesyuarat semalam Nik Aziz dikatakan keluar dari mesyuarat selepas beliau memberi kata nasihat dan pandangan berhubung isu semasa yang menjadi tumpuan kini
Apakah tindakan itu timbul setelah ketegangan dalam mesyuarat berkenaan dan sehinggakan beliau dicadangkan agar melepaskan jawatan
Untuk tujuan memujuk Abd Hadi itu dikatakan dua pemimpin tertinggi pas yang menentang keras ura-ura pas hendak bermuqabalah dengan umno akan terbang ke Jakarta esok untuk menemui Abd Hadi

Abd Hadi kini di Jakarta

Perkembangan ini masih menjadi tanda tanya,bagaimanapun pada hemat saya tidak munasabah kalau Nik Aziz hendak disingkirkan dari kedudukan itu,beliau sendiri masih menampakkan komitmennya dengan jawatan itu
Cadangan itu bukan Nik Aziz sudah letih atau jemu tetapi ia lebih kepada strategi,apa yang dapat dibaca dari cadangan ini ada golongan yang mahukan Abd Hadi turun dari kerusinya itu
mungkin mereka mengira dengan adanya Abd Hadi disitu yang dilihat keras dan tegas dengan prinsip siasah islamiyah sukar untuk mereka menjanakan parti mengikut acuan sekular mereka
Jadi satu cara terhormat dilakukan agar Abd Hadi pegang jawatan mursyidul am dan mengumumkan persaraan sebagai presiden pada muktamar di Ipoh mulai 13 ogos hadapan
Pujukan itu adalah paksaan secara halus mungkin idea ini telahpun disampaikan kepada Nik Aziz dan Nik Aziz telah pun merestuinya
Kenapa dikatakan begitu kerana Nik Aziz sudah tidak berkeupayaan kenapa jawatan itu tidak dilepaskan kepada Dr Haron Din,timbalan mursyidul Am Pas?
Apakah Haron Din masih belum cukup ilmu untuk memegang jawatan berkenaan!

AKHBAR HARAKAH LEBIH MURAH PERTENGAHAN OGOS

Ketua pengarang harakah, Ahmad Lutfi Othman memberitahu portal internet bahawa media rasmi PAS, iaitu harakah akan menemui pembacanya pertengahan bulan ini(ogos) dengan wajah baru,lebih banyak berita,nipis dan lebih murah iaitu Rm2.00 senaskah,manakala tebalnya akan dikurangkan kepada 80 halaman kepada 56 halaman.Edisi baru itu akan dilancarkan oleh presiden pas iaitu Tuan guru Datuk Seri Abduk Hadi Awang pada 15 ogos ini

Tuesday, July 15, 2008

DSAI DITAHAN POLIS

Dsai telah ditahan polis diluar rumahnya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari tadi,beliau ditahan kira-kira 12.55 tengahari tadi sejurus tiba dari putrajaya selepas memberi keterangan kepada BPR,sebaik saja pulang, polis telah pun menunggu kepulangan beliau dan terus membawanya ke IPK Kuala Lumpur,perkara ini telah pun disahkan sendiri oleh Datuk Seri Wan Azizah
DSAI tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi kenderaan polis
-malaysiakini-

Thursday, July 10, 2008

PRESIDEN PKR BERGELAR DATUK SERI

Presiden PKR yang jugak ketua pembakang di parlimen Datin Seri Wan Azizah akan dianugerahkan darjah panglima pangkuan negeri(DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari ulang tahun yang dipertua negeri Pulau Pinang ke-70 sabtu ini,ia diumumkan sendiri oleh ketua menteri Pualau Pinang Lim Guan Eng

DEBAT LIVE DSAI DAN MENTERI PENERANGAN

Debat antara DSAI dan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertema "hari ini memerintah esok harga minyak akan diturunkan"pada malam 15 julai ini anjuran agendadaily akan disiarkan secara langsung oleh tv3,ia jugak akan disiarkan secara langsung di astro awani,Ia berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka,undangan adalah terhad maksimum 200 orang saja,100 orang jemputan penganjur,50 pihak DSAI dan 50 pihak menteri penerangan.
-petikan agendadaily.com-

Sunday, July 6, 2008

DSAI SETUJU BERSUMPAH

Jika orang ramai mahukan bersumpah,beliau rela bersumpah dengan nama Allah kata DSAI melalui petikan oleh MALAYSIAKINI sewaktu berceramah dihadapan hampir 40 ribu hadirin yang hadir di Stadium MPPJ Kelana Jaya semalam,tetapi dengan syarat mereka yang berkuasa membicarakannnya di mahkamah syariah terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadapnya
Menurutnya lagi jika mereka ingin gunakan kaedah yang digunakan sama seperti filem "sivaji the bos" beliau sanggup gunakan kaedah sivaji the bos itu bagi mengatasinya,malah dengan nada yang geram beliau membangkitkan beberapa kali kalimah 'malaysia mesti di selamatkan' dan disambut oleh hadirin yang hadir dengan kalimah keramat 'reformasi'
Mengenai debat beliau dengan menteri penerangan pada 15 july ini berhubung kenaikkan harga minyak beliau menyatakan beliau akan cuba penuhinya dan akan menyelongkar semua formula bagi menunjukkan beliau ada idea tersendiri bagi menurunkan harga minyak berbanding kini yang diamalkan oleh kerajaan BN yang membolehkan harga minyak naik begitu mendadak,bagaimanapun beliau dengan nada sinis menempelak alangkah lojiknya debat itu diadakan dengan perdana menteri atau timbalannya

Saturday, July 5, 2008

RAJA PETRA SEDANG MEMBERI KETERANGAN

Blogger Raja Petra Kamaruddin ketika ini sedang memberi kenyataan di balai polis Sentul berhubung dengan akuan berkanun yang dibuatnya tempohari yang mana beliau mendakwa isteri timbalan perdana menteri berada di tempat kejadian ketika Altantuya Shariibu diletupkan.
Beliau tiba kira-kira jam 5.10 pm ditemani isterinya Marina Lee Abdullah dan 2 orang peguamnya
-petikan malaysiakini-